PROSES KEMERDEKAAN
KESATUAN MALAYA DAN PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU
KESATUAN MALAYA ( MALAYAN UNION )
- Jepun berundur bila kalah dengan British dalam perang dunia kedua .
- British perkenalkan sistem Malayan Union apabila diluluskan oleh parlimen British pada 10 Oktober 1945.
- 12 Oktober 1945 , wakil British Sir Harold Mac Micheal mendapatkan tandatangan daripadaorang raja-raja Melayu .
- Malayan Union dirasmikan pada bulan Januari 1946 .
- Tujuan Malayan Union diperkenalkan :
- 6 Meningkatkan kecekapan pentadbiran Wilayah seperti NNMB , NNS dan NNMTB dari aspek ekonomi , sosial dan ekonomi .
- British dapat mengawal dan mengurang kuasa orang melayu .
- British ingin memerintah masyarakat tempatan mengikut ciri politik British .
- Langkah penyatuan politik antara kaum Cina , India dan Melayu .
Ciri-ciri utama
Perlembagaan Malayan Union
- 1. Negeri-negeri Melayu Bersekutu, negeri Melayu Tidak Bersekutu dan 2 buah Negeri Selat ( P. Pinang dan Melaka)digabungkan menjadi satu unit politik.
- 2. Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union di bentuk.
- 3. Diketuai gabenor British yang di lantik Raja England .
- 4. Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip Jus Soli yang menjadi asas kerakyatan Malayan Union.
- 5. Majlis Raja-Raja Melayu hanya berbincang soal agama Islam dan adat istiadat Melayu .
- 6. Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.
- 7. Parlimen British menjadi pemutus undang-undang Malayan Union.
SYARAT-SYARAT
UTAMA MALAYAN UNION
1. Semua
negeri Melayu(Perlis, Kedah, Kelantan, terenganu, Selangor, Perak, Negeri
Sembilan, dan Johor), Melaka dan pulau pinang di satukan di bawah pemerintahan gabenor British dan di bantu oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undagan Persekutuan.
2. Singapura
dikeluarkan daripada persekutuan dan dijadikan Tanah Jajahan Mahkota British.
3. Kedaulatan
raja-raja Melayu dihapuskan. Mereka hanya boleh bersuara dalam hal-hal yang menyentuh agama Islam dan adat resam Melayu.
4. Hak
kerakyatan bagi semua orang tanpa bengambil kira bangsa dan keturunan. Mereka
yang menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union boleh menjadi
kewarganegaraan secara automatic. Prinsip Jusoli dipraktikan dalam social
kewarganegaraan. Selain itu, sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas serta telah
bermastautin di Persekutuan atau Singapura selama 10 tahun atau hinga 15 tahun
sebelum 15 Febuari 1942 akan diberi kerakyatan. Kanak-kanak di bawah umur 18
yang ibu bapanya warganegara turut diberi kerakyatan.
5. Seorang
Pesuruhjaya Negeri akan dilantik di setiap negeri sebagai ketua pentadbir dan
dibantu oleh Majelis Mesyuarat Negeri yang angotanya terdiri daripada pegawai-pegawai
British.
PENENTANGAN
TERHADAP MALAYAN UNION
Malayan Union mendapat tentangan yang hebat, terutama
daripada orang melayu seperti beberapa perkara:-
1. Malayan
Union digubal dan dirancang di london tanpa mendapatkan pandangan daripada
orang melayu dan pengetahuan oleh pemimpin-pemimpin melayu.
2. Pemberian
kerakyatan (kewarganegaraan) secara jus soli ini dipercayai boleh mengurangkan majoriti orang melayu dan menjejaskan kedudukan ekonomi dan politik serta boleh
menyebabkan hak istimewa orang melayu terancam.
3. Kehilangan
kedaulatan raja atau sultan merupakan lambang kuasa dan kedaulatan orang
melayu.
4. Kaedah
Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan raja-raja melayu dengan menggunakan cara kekerasan dan paksaan supaya semua sultan menerima pelaksanaan Malayan
Union dan juga tidak memberi masa yang cukup untuk membincangkan cadangan ini
dengan pembesar-pembesar negeri dan rakyat melata.
PENGISYTIHARAAN
MALAYAN UNION
- Diisytiharkan pada 1 April 1946 di King’House(Carcosa Seri Negara)Kualan Lumpur.
- Gabenor pertamanya ialah Sir Edward Gent.
PIHAK YANG
MENYOKONG MALAYAN UNION
- Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM).
- Angkatan Pemuda Insaf(API).
- Angkatan Wanita Sedar (AWAS).
- Barisan Tani Malaya(BATAS).
CARA PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION
-
Orang Melayu juga mempamerkan
tidak persetujuan mereka dengan berkabung selama tujuh hari mulai 1 April 1946.
1.
Dato’ Onn Ja’afar
·
Dato’ Onn Ja’afar telah menulis surat kepada akhbar Utusan
Melayu agar orang melayu mengadakan kongres dan menubuhkan United Malays
Organization (U.M.O) sebagai pertubuhan menentang Malayan Union.
2.
Raja Melayu
·
Raja-raja Melayu juga telah mengambil tindakan membantah
Malayan Union.
·
Sultan Johor telah menghantar surat bantahan kepada
setiausaha Tanah Jajahan kerana dipaksa menerima gagasan Malayan Union.
·
Timbul kesedaran kepada Raja-raja Melayu apabila orang-orang
Melayu membantah Malayan Union menyebabkan Raja-raja Melayu berganding bahu
bersama rakyat menentang Malayan Union.
3.
Bekas Pengawai British
·
Bekas pegawai British yang berhemat di Tanah Melayu turut
membantah Malayan Union secara terbuka di dalam akhbar The Times di London.
· Mereka terdiri daripada:
(a)
Sir Cecil Clementi.
(b)
R.O. Winstedt.
(c)
Frank Swettenham.
(d)
Sir Frederick Weld.
SEBAB PENENTANGAN ORANG BUKAN MELAYU IAITU MALAYAN
DEMOCRATIC UNION (MDU) TERHADAP MALAYAN UNION
- 1. Mereka berasa tidak mendapat apa-apa kelebihan yang istimewa darida Malayan Union.
- 2. Malayan Union dilihat sebagai satu yang tidak demokratik, lebih-lebih apabila British mencadangkan Singapura tidak dimasukkan kedalam kesatuan ini.
FAKTOR PEMBATALAN MALAYAN UNION
- 1. Sebab terlalu banyak tentangan, SirEdward Gent terpaksa membuat rundingan dengan Raja-raja Melayu dan Dato’Onn Jaafar.
- 2. Malayan Union dibatalkan dan diganti dengan pemerintahan baharu yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu.
- 3. Tentangan daripada orang dan kebangkitan nasionalisme orang Melayu.
- 4. Segolongan bekas pegawai tadbir British yang pernah berhemat di Tanah Melayu juga membantah.
PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU 1948
LANGKAH –LAMGKAH
PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
1948