Wednesday, 21 January 2015

PROSES KEMERDEKAAN

KESATUAN MALAYA DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU




KESATUAN MALAYA ( MALAYAN UNION )


  1.      Jepun berundur  bila kalah dengan British dalam perang dunia kedua .
  2.       British perkenalkan sistem  Malayan Union apabila diluluskan oleh parlimen British pada 10 Oktober 1945.
  3.     12 Oktober 1945 , wakil British Sir Harold Mac Micheal mendapatkan tandatangan daripadaorang raja-raja Melayu .
  4.      Malayan Union dirasmikan pada bulan Januari 1946 .
  5.      Tujuan Malayan Union diperkenalkan :
  6. 6   Meningkatkan kecekapan pentadbiran Wilayah seperti NNMB , NNS dan NNMTB dari aspek ekonomi , sosial dan ekonomi .
  7.     British dapat mengawal dan mengurang kuasa orang melayu .
  8.     British ingin memerintah masyarakat tempatan mengikut ciri politik British .
  9.     Langkah penyatuan politik antara kaum Cina , India dan Melayu .


  
Ciri-ciri utama Perlembagaan Malayan Union


  • 1.      Negeri-negeri Melayu Bersekutu, negeri Melayu Tidak Bersekutu dan 2 buah Negeri Selat ( P. Pinang dan Melaka)digabungkan menjadi satu unit politik.
  • 2.       Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union di bentuk.
  • 3.       Diketuai gabenor British yang di lantik Raja England .
  • 4.       Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip Jus Soli yang menjadi asas kerakyatan Malayan Union.
  • 5.       Majlis Raja-Raja Melayu hanya berbincang soal agama Islam dan adat istiadat Melayu .
  • 6.       Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir.
  • 7.       Parlimen British menjadi pemutus undang-undang Malayan Union.



SYARAT-SYARAT UTAMA MALAYAN UNION
1.      Semua negeri Melayu(Perlis, Kedah, Kelantan, terenganu, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, dan       Johor), Melaka dan pulau pinang di satukan di bawah  pemerintahan gabenor British dan di bantu       oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undagan Persekutuan.
2.      Singapura dikeluarkan daripada persekutuan dan dijadikan Tanah Jajahan Mahkota British.
3.      Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan. Mereka hanya boleh bersuara dalam hal-hal yang                 menyentuh agama Islam dan adat resam Melayu.
4.      Hak kerakyatan bagi semua orang tanpa bengambil kira bangsa dan keturunan. Mereka yang               menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union boleh menjadi kewarganegaraan secara                 automatic. Prinsip Jusoli dipraktikan dalam social kewarganegaraan. Selain itu, sesiapa yang               berumur 18 tahun ke atas serta telah bermastautin di Persekutuan atau Singapura selama 10 tahun      atau hinga 15 tahun sebelum 15 Febuari 1942 akan diberi kerakyatan. Kanak-kanak di bawah              umur 18 yang ibu bapanya warganegara turut diberi kerakyatan.
5.     Seorang Pesuruhjaya Negeri akan dilantik di setiap negeri sebagai ketua pentadbir dan dibantu           oleh Majelis Mesyuarat Negeri yang angotanya terdiri daripada pegawai-pegawai British.






PENENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION
Malayan Union mendapat tentangan yang hebat, terutama daripada orang melayu seperti beberapa perkara:-
1.      Malayan Union digubal dan dirancang di london tanpa mendapatkan pandangan daripada orang           melayu dan pengetahuan oleh pemimpin-pemimpin melayu.
2.      Pemberian kerakyatan (kewarganegaraan) secara jus soli ini dipercayai boleh mengurangkan               majoriti orang melayu dan menjejaskan kedudukan ekonomi dan politik serta boleh menyebabkan       hak istimewa orang melayu terancam.
3.      Kehilangan kedaulatan raja atau sultan merupakan lambang kuasa dan kedaulatan orang melayu.
4.      Kaedah Harold Mac Michael mendapatkan tandatangan raja-raja melayu dengan menggunakan           cara kekerasan dan paksaan supaya semua sultan menerima pelaksanaan Malayan Union dan juga       tidak memberi masa yang cukup untuk membincangkan cadangan ini dengan pembesar-pembesar       negeri dan rakyat melata.


PENGISYTIHARAAN MALAYAN UNION
  1.      Diisytiharkan pada 1 April 1946 di King’House(Carcosa Seri Negara)Kualan Lumpur.
  2.      Gabenor pertamanya ialah Sir Edward Gent.

                                                                             

PIHAK YANG MENYOKONG MALAYAN UNION
  1.     Parti Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM).
  2.      Angkatan Pemuda Insaf(API).
  3.      Angkatan Wanita Sedar (AWAS).
  4.      Barisan Tani Malaya(BATAS).



CARA PENENTANGAN ORANG MELAYU TERHADAP MALAYAN UNION
-         Orang Melayu juga mempamerkan tidak persetujuan mereka dengan berkabung selama tujuh hari mulai 1 April 1946.
1.      Dato’ Onn Ja’afar
·         Dato’ Onn Ja’afar telah menulis surat kepada akhbar Utusan Melayu agar orang melayu mengadakan kongres dan menubuhkan United Malays Organization (U.M.O) sebagai pertubuhan menentang Malayan Union.

2.      Raja Melayu
·         Raja-raja Melayu juga telah mengambil tindakan membantah Malayan Union.
·         Sultan Johor telah menghantar surat bantahan kepada setiausaha Tanah Jajahan kerana dipaksa menerima gagasan Malayan Union.
·         Timbul kesedaran kepada Raja-raja Melayu apabila orang-orang Melayu membantah Malayan Union menyebabkan Raja-raja Melayu berganding bahu bersama rakyat menentang Malayan Union.

3.      Bekas Pengawai British
·         Bekas pegawai British yang berhemat di Tanah Melayu turut membantah Malayan Union secara terbuka di dalam akhbar The Times di London.
·        Mereka terdiri daripada:
(a)   Sir  Cecil Clementi.
(b)   R.O. Winstedt.
(c)    Frank Swettenham.
(d)   Sir Frederick Weld.




SEBAB PENENTANGAN ORANG BUKAN MELAYU IAITU MALAYAN DEMOCRATIC UNION (MDU) TERHADAP MALAYAN UNION

  • 1.      Mereka berasa tidak mendapat apa-apa kelebihan yang istimewa darida Malayan Union.
  • 2.      Malayan Union dilihat sebagai satu yang tidak demokratik, lebih-lebih apabila British mencadangkan Singapura tidak dimasukkan kedalam kesatuan ini.


FAKTOR PEMBATALAN MALAYAN UNION
  • 1.      Sebab terlalu banyak tentangan, SirEdward Gent terpaksa membuat rundingan dengan Raja-raja Melayu dan Dato’Onn Jaafar.
  • 2.      Malayan Union dibatalkan dan diganti dengan pemerintahan baharu yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu.
  • 3.      Tentangan daripada orang dan kebangkitan nasionalisme orang Melayu.
  • 4.      Segolongan bekas pegawai tadbir British yang pernah berhemat di Tanah Melayu juga membantah.




PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948


LANGKAH –LAMGKAH PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN  TANAH MELAYU 1948



1 comment:

  1. babyliss nano titanium flat iron - TITanium-arts.com
    A standard alloy for making titanium stronger than steel a dense, flexible and titanium 200 welder secure fit for every titanium trimmer as seen on tv conceivable use. titanium nipple barbells Titanium-iron has an titanium pen alloy core.

    ReplyDelete